Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tat Tradisional Bengkulu (Selangor)
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Tat Tradisional



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 12-Dec-2007 12:12
PESTA MASAKAN WARISAN 2007

9 Disember 2007 (Ahad), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama Arkib Negara dan KL.fm selaku radio rasmi, telah menganjurkan Pesta Masakan Warisan 2007; bersempena Pesta Makanan Kebangsaan. Pesta yang bertempat di Dataran Merdeka ini berlangsung dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Pada mulanya, dalam 'keterujaan', saya sedikit ‘teragak-agak’ untuk ke pesta tersebut, apabila memikirkan tentang demonstrasi oleh Majlis Peguam yang diadakan di Jalan TAR & Jln Raja; berdekatan Dataran Merdeka, pada pagi, hari yang sama. Namun begitu sebaik sahaja mengetahui demonstrasi tersebut telah berakhir; melalui Berita Terkini 12 tengahari di TV3, saya sedikit lega.. :-> :->
Ketika tiba di tapak pameran, khemah-khemah sudah dipenuhi malah dibanjiri orang ramai yang terdiri daripada rakyat tempatan dan pelancong asing. Pameran Masakan Warisan ini melibatkan pelbagai bangsa serta etnik di Malaysia; termasuk Melayu, Cina, Baba Nyonya, Chetti, Sabah & Sarawak serta ‘Siam’. Melalui pengiraan saya (secara tidak rasmi), terdapat 9 khemah telah disediakan oleh penganjur; merangkumi 2 khemah untuk pameran masakan, 2 khemah untuk persembahan, 2 khemah untuk pameran kraf & lukisan, 2 khemah untuk makanan percuma + tempat makan dan 1 khemah untuk jualan.
Walaupun seronok melihat keunikan dan kepelbagaian masakan di Malaysia, saya sedikit ‘kurang puas hati’ kerana TIADA masakan NEGERI SEMBILAN dan Nasi Dagang Terengganu yang dipamerkan. Setelah membuat 3 pusingan di khemah pameran masakan, saya hanya ‘terjumpa’ persembahan kesenian dari Kg Budaya; Kg Lonek, Jempol, Negeri Sembilan. Selain itu, saya juga tidak menemui kaunter pertanyaan untuk mendapatkan info serta senarai gerai pameran yang mengambil bahagian.. :-O :-O
Secara keseluruhan, saya merasa seronok kerana berpeluang merasai sendiri kepelbagaian, keunikan serta ‘kesedapan’ makanan-makanan tradisional yang terdapat di Malaysia. Usaha ‘memartabatkan’ serta memperkenalkan masakan-masakan warisan pelbagai etnik di Malaysia ini wajar diteruskan bagi memastikan ‘keistimewaan’ ini tidak diluput ditelan zaman; dengan mengkaji semula senarai makanan-makanan yang sepatutnya dipamerkan.. 8-) 8-)

8-) jeff** Malaysia syurga mknn..mmg x larat nk mkn..
8-) Lee Lin** name2 mknn mmg mcm2; kelakar ade, pelik ade, menakutkn pn ade..
8-) Ana** meriah sgt2, x larat nk rasa semua..
8-) m:e:o:r:j:a:y:a** a'ah, nama pn pesta..
8-) syakir zainol** bkn sumer manis2..ade yg pedas, lemak..mcm2 la..
8-) mamasya** SAMBAL NERAKA antara yg paling glamer; mmg pedas berapi, tu sbb ltk nama neraka kot..
8-) MaDiHa** mmg byk mknn yg x pernah jumpe, apatah lg rasa..
8-) tariqzaidanirah** perut mmg kena kosong, bkn stkt mkn mknn yg dipamerkn, ada mknn percuma lg..
8-) fliffy** ya buk..bagus bangat sih..
8-) ida_isk** nextime ade lg kot..
8-) boxhousestudio** so hrp nextime diorg x wat time cuti kawen ek..
8-) idida** idida oghang mano ek..ghoman cam kwn sy oghang ganu..samo tak seghupo gek'eh..
8-) Penyulawa** botok2 xde lak terjumpa..
8-) Kak Leen** pesta mcm ni la kite nk tgk+rasa mcm2 mskn+mknn..
8-) Nur** 'terasa hati' gak le xde mknn nogoghi. re:xdo la ghoti bona, ckit2 tu buleh la..try tgk link ayam msk lmk cili api..tq tq
8-) yatie** nasi banchaan ni jawa selangor-nye; mcm 'nasi rewang' (klu x silap); mcm jawa johor-nye
8-) Nur** nnt bilo poie jongok dioghang, singgah la Johol mo..
8-) Daalia** bangga jd rakyat Malaysia..
8-) heqmahss** x sabar nk tunggu produk2..
8-) MamaFami** yo la tu..
8-) Idza** dh lame x g Perpustakaan Negara..
8-) ibu chempaka** tu bkn sambal tempoyak daun, tp Bubur Pedas Sarawak..mskn N9 xdo pon..
8-) fazizaid** gmbr2 mknn ni sumer utk pameran+free utk dimkn..gerai jualan xg pn..
8-) Hajar** mmg sedap2 belaka..
8-) Cinta Dhinas Azraaei** re: x sabar nk tgk gmbr mgsa banjir lak..
8-) idida** mmg dh dokek bona la kito ni..
8-) masriyah** seronok, sbb tu x lepaskn peluang ni..
8-) Balkhis N Madzli** nextime, bile blk M'sia + ade pesta ni, leh g..
8-) Abah Along** oo, kaki makan rupanya abah ni..
8-) WanZee** byk lg mknn, tp ni je yg smpt ambik gmbrnya..
8-) meyr** hehe..


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.